Carian


Bahasa

Wednesday 28 November 2012

CARA MENULIS KARANGAN PERIBAHASA


Peribahasa

TIP PENULISAN
¨ Karangan peribahasa merangkumi simpulan bahasa, perumpamaan, pepatah, dan bidalan.

¨ Perlu memahami maksud yang tersurat dan tersirat. Jika tidak memahami atau tidak mengetahui maksudnya , anda jangan membuat karangan jenis ini.

¨ Boleh menulis secara cerita atau penerangan.

¨ Penulisan secara cerita mesti berkaitan dengan tajuk dan sebaik-baiknya cerita ada nilai murni.

¨ Jika secara penerangan, terangkan maksud dan kepentingannya kepada masyarakat.

Peringatan:

Soalan jenis peribahasa belum pernah keluar dalam UPSR
Soalan Perbincangan
Tulis sebuah cerita berdasarkan peribahasa ‘ Dimana ada kemahuan di situ ada jalan ‘
Panjang karangan anda mestilah tidak kurang daripada 80 patah perkataan dan tidak melebihi 120 patah perkataan.

Langkah 1
Kamu mestilah membaca soalan karangan tersebut dengan teliti . Fahamkan tema atau kehendak cerita yang hendak ditulis . Garis maklumat-maklumat yang penting supaya anda tidak melakukan kesilapan semasa membuat rangka karangan.

Langkah 2
Berdasarkan tema atau tajuk kamu bolehlah membuat kerangka karangan . Sebaik-baiknya kerangka karangan yang hendak dibuat berdasarkan peta minda. Peta minda hendaklah seberapa ringkas . Apa yang penting kamu dapat memahaminya kerana masa untuk mencari isi penting dan membina peta minda tidak lebih 5 minit.

Langkah 3
Berdasarkan peta minda , anda bolehlah menulis karangan anda. Semasa mengarang , binalah ayat-ayat yang betul mengikut tatabahasanya supaya anda tidak kehilangan markah di bahagian ini. Baca contoh karangann di bawah ini.

DI MANA ADA KEMAHUAN DI SITU ADA JALAN

       Malu, malu, di mana akan aku sorokkan mukaku . Rasa malu dan sedih menyelubungi diriku apabila cikgu mengembalikan kertas Sains dan Bahasa Inggeris. Aku cuma mendapat 25 dan 30 peratus. Ini bermakna aku mendapat ‘D’ bagi kedua-dua matapelajaran.

     Aku bingung , dulu sewaktu aku dalam tahun lima markahku tidak seteruk ini. UPSR enam bulan lagi. Fikiranku terus berkecamuk , aku benar-benar insaf , akau telah banyak menghabiskan masaku di padang. Sepatutnya , kecemerlanaganku di padang seiring dengan kecemerlangan di kelas. Aku berjanji pada diriku untuk menebus kegagalalan ini.

     Ibu memang tidak menghalang aku aktif dalam bidang sukan, tetapi ibu sentiasa mengigatkan aku agar pandai membahagikan masa , selain itu ibu juga menyuruh aku mengikuti kelas tuisyen tetapi aku sentiasa memberikan alasan UPSR masih jauh lagi. Sekarang baru aku sedar , bahawa aku telah jauh tertinggal daripada rakan-rakanku.

     Mulai hari, itu aku akan mengikuti kelas tambahan.Di samping membuat latihan intensif sekurang-kurangnya tiga jam sehari, aku yakin akau akan dapat memperbaiki kelemahanku. Aku juga akan mengikuti Klinik UPSR , untuk memastikan aku mendapat maklumat-maklumat terkini teknik belajar yang berkesan.

     Tiga bulan berlalu, dalam ujian pertengahan semester aku hampir-hampir tidak percaya markahku telah melonjak hampir mencapai ‘A’. Walaupun aku masih ketinggalan jika dibandingkan dengan rakan-rakanku yang lain aku tetap yakin menjelang ujian percubaan UPSR nanti aku boleh mencapai markah yang maksimum.
    Apabila keputusan ujian percubaan dikeluarkan , aku mendapat 5A . Aku mampu tersenyum, usahaku sejak lima bulan yang lalu benar-benar memeberi kesan. Aku yakin aku akan beroleh kecemerlangan dalam UPSR yang akan belangsung sebulan lagi jika akau terus meningkatkan usahaku. Bak kata pepatah “ di mana ada kemahuan di situ ada jalan .”

Langkah 4
Ø Selepas mengarang , anda hendaklah membaca semula karangan . Betulkan semua kesalahan tatabahasa dari segi penggunaan perkataan ,struktur ayat, penggunaan imbuhan , tanda baca dan ejaan.

Ø Anda juga boleh menyuruh rakan-rakan untuk menyemak karangan anda , terutamanya aspek-aspek seperti di atas . Sebarang kesalahan yang dilakukan, hendakalah dibuat pembetulan dengan segera dan memastikan tidak akan berlaku kesalahan yang berulang .







'SELAMAT MENCUBA'

Monday 19 November 2012

Contoh Karangan Peribahasa ( Genggam Bara Api Sampai Jadi Arang)



RANGKA KARANGAN


Pendahuluan:

-maksud peribahasa "genggam bara api sampai jadi arang"


Isi-isi penting:

-Anuar berhenti sekolah kerana kemiskinan hidup yang dialami sejak kematian kedua-dua orang ibu bapanya akibat kemalangan jalan raya - Anuar berniaga untuk menyara adik-beradiknya
-Anuar mendirikan rumah tangga dengan gadis kampung bernama Sarah
-Anuar mendidik anak-anaknya dengan penuh kasih sayang dan sentiasa memantau perkembangan pelajaran mereka
-Anuar mendapat peluang membesarkan perniagaannya dan berpindah ke bandar


Penutup:

-Anuar menerima anugerah atas kejayaannya mendidik anak-anaknya dan berjaya menjadi seorang usahawan



KARANGAN



             Peribahasa "genggam bara api sampai jadi arang" bermaksud membuat sesuatu perkara harus bersungguh-sungguh sehingga mencapai kejayaan.Peribahasa tersebut dapat dikaitkan dengan peristiwa yang dilalui oleh Anuar.Beliau telah dilahirkan di Kampung Parit Keroma Darat dalam Daerah Muar.Semasa usianya 7 tahun,ibu bapanya telah meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya.Anuar diasuh oleh bapa saudaranya bersama-sama tiga orang adik-beradiknya yang lain.Keadaannya ketika itu sungguh menyedihkan bagai anak ayam kehilangan ibu.

              Sejak tinggal bersama-sama bapa saudaranya yang mempunyai enam orang anak dan bekerja mengait buah kelapa,Anuar mula berasa akan keperitan hidup.Kehidupannya ibarat kais pagi makan pagi dan kais petang makan petang.Anuar sering kali tidak hadir ke sekolah kerana menolong bapa saudaranya mengambil upah mengait kelapa dan megerjakan kebun peninggalan kedua-dua orang tuanya yang luasnya sekangkang kera.Kadangkala Anuar menjalankan aktiviti menjual kuih-muih dikeliling kampung bagi menambah pendapatan bapa saudaranya.Akhirnya,Anuar menempuhi jalan buntu dan mengambil keputusan berhenti sekolah dan menumpukan perhatian berniaga secara kecil-kecilan dengan menjual kuih-muih,pisang goreng dan air batu campur di sebuah warung yang didirikan oleh bapa saudaranya ditepi jalan berhampiran rumah mereka.Bagi Anuar,dia tidak mampu mengejar cita-citanya yang masih belum pasti.Anuar bimbang yang dikejar tak dapat yang dikendong berciciran.Anuar berazam mengumpul wang sebanyak RM50 sebulan hasil daripada perniagaannya.Dia bercita-cita untuk menyimpan wang bagi membiayai persekolahan adik-beradiknya pada masa depan.Dia amat bersimpati dengan kesusahan dan keperitan yang ditanggung oleh bapa saudaranya menyara keluarga dan turut membesarkan adik-adiknya.

                Apabila mengenangkan nasib dirinya yang tidak dapat melanjutkan pelajaran,dia sentiasa memastikan adik-adiknya sentiasa berjaya dalam pelajaran supaya menjadi insan yang berguna pada suatu hari nanti.Anuar sangat prihatin dan sangat mengambil berat tentang keperluan adik-beradiknya.Anuar sanggup bersusah payah demi menjamin kebahagian mereka.Anuar menjaga adik-adiknya bagai menatang minyak yang penuh.Akhirnya,berkat kegigihannya,ketiga-tiga orang adiknya telah berjaya melanjutkan pelajaran ke menara gading.


               Setelah ketiga-tiga adiknya berjaya menamatkan pengajian di menara gading dan mendapat pekerjaan yang baik,Anuar mengambil keputusan mendirikan rumah tangga dengan seorang gadis di kampungnya bernama Sarah.Hasil perkongsian hidupnya,Anuar dikurniakan tiga orang cahaya mata.Tanggungjawab Anuar sebagai ketua keluarga semakin bertambah.Wang simpanan hasil perniagaannya selama ini digunakan untuk mengembangkan perniagaannya lagi.Kesusahan hidupnya sekian lama mengajar Anuar erti pengorbanan dalam hidup.Dia juga mengamalkan budaya berjimat cermat dalam kehidupan sehariannya.Anuar telah mengambil keputusan untuk membeli sebuah lori kecil.Dia ingin menjadi seorang peraih buah-buahan,sayur-sayuran dan mengedarkan produk keluaran penduduk kampungnya ke bandar.Dia mengambil langkah berani tanpa memikirkan risiko yang perlu ditanggung sebagai seorang usahawan.Isterinya,Sarah tetap meneruskan perniagaan dengan mengambil alih tugas diwarung yang diamanahkan oleh Anuar dengan dibantu oleh anak-anaknya.


               Kehidupannya yang susah suatu ketika dahulu menyebabkan Anuar berazam untuk mengubah nasib anak-anaknya dengan memberikan pendidikan yang sempurna.Baginya,anak-anak ialah amanah Allah.Tanngungjawab ibu bapa adalah untk menyempurnakan keperluan anak-anak.Sungguhpun terikat dengan waktu dan mulai sibuk dengan tugas hariannya,Anuar mendidik anak-anaknya dengan lembut tetapi tegas dengan curahan kasih sayang yang tidak berbelah bahagi.Anuar sentiasa prihatin dan memantau pelajaran anak-anaknya pada setiap hari.Anuar menyediakan jadual waktu belajar untuk setiap anak-anaknya.Anak-anaknya dididik supaya berdisiplin,menghormati ibu bapa dan guru-guru mereka.Kini,seorang demi seorang anak-anak Anuar telah berjaya melanjutkan pelajaran ke menara gading mengikut jejak bapa saudara mereka.Cabaran yang paling besar dihadapi oleh Anuar adalah untuk menyediakan wang untuk perbelanjaan persekolahan anak-anaknya.Pengalaman yang ditempuhi ketika usia muda mendidik adik-adiknya sehingga ke menara gading mnejadi pedoman ynag sangat berguna kepada Anuar.Anak-anak Anuar kini mendapat sokongan dan dorongan yang kuat daripada bapa saudara mereka yang telah berjaya.


             Setelah mengharungi cabaran getir dalam kehidupan,Anuar begitu bangga melihat anak-anaknya membesar dan telah berjaya dalam pelbagai bidang.Kejayaan anak-anaknya merupakan hadiah yang amat bernilai  atas pengorbanan,kerajinan,kesabaran dan ketabahannya selama ini.Anak Anuar yang sulung telah berjaya melanjutkan pelajaran ke luar negara dalam bidang kedoktoran,anak keduanya sedang menuntut dalam bidang Kejuruteraan Petroleum di Universiti Teknologi Malaysia,manakala anak bongsunya sedang menuntut dalam bidang perniagaan di England.Anuar meneruskan kehidupannya sebagai seorang peniaga.Memandangkan perniagaan Anuar semakin berkembang,Persatuan Peniaga Daerah Muar telah mendapatkan sebuah lot ruang niaga untuk Anuar membesarkan operasi perniagaannya lagi.Tawaran itu diterima oleh Anuar seperti kata peribahasa orang mengantuk disorongkan bantal.Kini,Anuar dan isterinya telah berpindah ke bandar dan membuka sebuah kedai yang menjadi pusat pengumpulan buah-buahan,sayur-sayuran dan produk industri kecil dan sederhana keluaran pengusaha di kampungnya dan kampung-kampung berhampiran.Anuar telah berjaya menonjolkan dirinya sebagai seorang usahawan yang berjaya.Masyarakat tempatan yang mengetahui sejarah kehidupan Anuar sejak kecil mengagumi kesungguhan dan kegigihan Anuar.Kejayaan keluarga Anuar telah menjadi buah mulut masyarakat sekeliling.


               Kemuncak kepada kejayaan Anuar ialah apabila beliau dipilih untuk menerima anugerah "Usahawan Cemerlang" anjuran Persatuan Peniaga Daerah Muar.Anuar juga telah dicalonkan unuk menerima "Anugerah Keluarga Cemerlang" anjuran Majlis Perbandaran Muar.Sesungguhnya kejayaan yang diraih oleh Anuar membuktikan bahawa azam yang kuat,ketekunan dan ketabahan merupakan paksi kejayaan,bersesuaian dengan peribahasa genggam bara api biar sampai jadi arang.

Pepatah Melayu


"Di telan mati mak, diluah mati bapa".
Susah buat pilihan kerana kedua2 nya amat penting. 

"Berani kerana benar, takut kerana salah".
Takut kerana kesalahan yang di buat, berani kerana tegak kan kebenaran nya.  

"Harapkan pagar, pagar makan padi".
orang yang kita percayai mengkhianati kita. 

"Buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali".
buat baik jangan keterlaluan, dan jangan sesekali buat jahat. 

"Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga".
kesalahan yang di sembunyi kan akhir nya tertangkap juga. 

"Biar putih tulang, jangan putih mata".
lebih baik mati dari menanggung malu.

"Buang yang keruh, ambil yang jernih".
lebih kan kepada kebaikan, buang semua kejahatan 

"Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing."
Tolong menolong, bekerjasama.

"Air yang tenang, jangan disangka tiada buaya".
orang yang diam tidak semestinya dia pengecut.

"Sudah gaharu cendana pula, sudah tahu bertanya pula".
Bertanya walaupun sudah tahu.

"Siapa yang makan cili, dia lah yang rasa pedas nya". 
Siapa yang berbuat kesalahan, dia lah yang akan terasa.

Pepatah Bergambar



















Thursday 8 November 2012

Pepatah



Pepatah seakan-akan sama dengan bidalan, tetapi pepatah mempunyai rangkaian perkataan berkerat-kerat atau berpatah-patah. Sebagai contoh, bermaksud orang yang pendiam tetapi berakal itu lebih baik daripada orang yang pendiam tetapi bodoh.


BIL
PERUMPAMAAN/
PEPATAH
MAKNA
1
Air beriak tanda tak dalam

Banyak bercakap tanda tiada berilmu.
2
Alang-alang  berminyak biar licin
Berbuat sesuatu jangan kepalang tanggung.

3
Alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan
Kalau sudah terlanjur berbuat sesuatu, biarlah diperoleh hasil daripadanya.

4
Ayam di kepuk mati kelaparan, itik di air mati kehausan
Sangat menderita kesusahan meskipun bergaji besar (beristerikan atau bersuamikan orang kaya) atau hidup miskin di negara yang kaya dan makmur.

5
Bagai air mencari jenisnya
Berusaha untuk mencari ilmu dengan tidak berhenti-henti; usaha dengan tidak mengenal jerih payah.

6
Bagai ayam disambar helang
Mati tanpa sakit.

7
Bagai cendawan tumbuh selepas hujan
Terlalu banyak pada sesuatu masa.
8
Bagai cincin dengan permata
Pasangan pengantin yang sepadan.
Contoh ayat: Suami isteri itu sama cantik sama padan seperti cincin dengan permata.

9
Bagai kerakap tumbuh di batu, hidup segan mati tidak mahu
Hidup dalam kemelaratan.
Kerakap sebangsa sirih tetapi tidak dimakan orang.

10
Bagai layang-layang putus tali
Tiada berpedoman. @ sudah putus harapan,bergantung pada nasib sahaja.

11
Bagai menatang minyak yang penuh
Memelihara anak dengan penuh kasih sayang.

12
Bagai minyak dengan air
Orang baik kalau duduk dengan orang jahat tidak akan menjadi jahat.

13
Bagai murai dicabut ekor
Orang yang suka  bercakap.
Perempuan yang suka bercakap banyak.
Contoh ayat: Suasana di dalam kelas 3P2 riuh oleh suara Nadiah yang becok bagai murai di-
cabut ekor.

14
Bagai pucuk dilancarkan
Amat cepat.
15
Bagaimana acuan begitulah kuihnya; bagaimana contoh begitulah gubahannya
Perangai anak biasanya mengikut orang yang mengasuhnya.
16
Baik membawa resmi padi daripada resmi lalang
Tidak sombong; rendah diri.
17
Belayar sambil memapan, merapat sambil belayar
Sesekali melakukan pekerjaan dua tiga maksud tercapai.
18
Belum duduk sudah berlunjur
Belum memperoleh sesuatu yang dikehendaki, sudah bergirang hati atau gembira lebih dulu.

19
Berat mata memandang berat lagi bahu memikul
Betapa berat kita melihat kesusahan yang dialami oleh seseorang, berat lagi penderitaan itu pada orang yang menanggungnya.

20
Berjagung-jagung dahulu sementara padi masak
Sementara menunggu apa yang baik, lakukan juga perkara-perkara yang berfaedah.

21
Biar jatuh terletak, jangan jatuh terhempas
Lebih baik menarik diri terlebih dahulu sebelum diberhentikan dengan tidak terhormat.

22
Biar mati anak jangan mati adat
Adat yang tidak boleh dilanggar.

23
Biar putih tulang jangan putih mata
Lebih baik mati daripada menanggung malu.

24
Carik-carik bulu ayam , lama-kelamaan bercantum juga
Perselisihan faham antara saudara-mara dan adik-beradik tidak berpanjangan, akhirnya akan berbaik semula.

25
Diam-diam ubi berisi; diam-diam besi berkarat
Orang berilmu yang berdiam diri lebih baik daripada orang diam tetapi tidak berilmu.

26
Diibaratkan sebagai condong ditumpil, lemah dianduh
Memberi pertolongan kepada orang-orang di dalam kesusahan.

27
Dimana ada kemahuan, disitu ada jalan
Seseorang yang bercita-cita tinggi akan berusaha untuk mencapainya.

28
Genggam bara api biar sampai jadi arang
Membuat sesuatu pekerjaan yang susah, hendaklah sabar sehingga mencapai kejayaannya.

29
Harimau mati meninggalkan belang; manusia mati meninggalkan nama
Orang baik meninggalkan nama baik, orang jahat meninggalkan nama jahat.
Setiap manusia akan dikenang kerana jasa dan budi yang telah dilakukan semasa hidupnya.

30
Hendak belajar berenang dapatkan itik, hendak belajar memanjat dapatkan tupai
Hendak mengetahui sesuatu perkara bertanyalah kepada orang yang mahir tentang sesuatu perkara itu.
31
Hendak seribu daya tak hendak seribu dalih
Setiap yang berkemahuan, tentu ada jalan.
32
Ibarat burung, mata terlepas badan terkurung
Tidak ada kebebasan atau kemerdekaan.
Contoh ayat: Rakyat di negara jajahan komunis itu ibarat burung,mata terlepas badan terkurung.

33
Jika ada kemenyan sebesar lutut pun, jika tidak dibakar tidak akan berbau
Kepandaian hendaklah diajarkan kepada orang lain, kerana kalau disimpan akan hilang begitu sahaja.
34
Kalau tak berada-ada tak akan tempua bersarang rendah
Tentu ada sebab yang tersembunyi menyebabkan sesuatu hal terjadi @ Setiap kejadian meninggalkan kesan.

35
Kalau tiada rotan akar pun berguna
Sesuatu perkara yang dihajatkan sekiranya tidak dapat diperolehi memadai dengan apa yang ada.

36
Kalau tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya
Kita tidak akan mendapat hasil jika tidak berusaha.

37
Kalau tidak kerana angin tidak akan pokok bergoyang
Kalau terjadi sesuatu hal tentu ada sebab-sebabnya.

38
Perempuan serasan, lelaki pemalu
Pegangan hidup yang tidak serupa.

39
Sebagai gembala diberi keris
Orang yang mendapat sesuatu yang tidak berguna.

40
Sekali membuka pura, dua tiga hilang berbayar
Sekali melakukan pekerjaan dua tiga maksud tercapai.
41
Semacam besar pacak daripada tiang
Belanja lebih besar daripada pendapatan.

42
Seperti air dalam dulang
Negeri yang aman sentosa.

43
Seperti api di dalam sekam
Kejahatan yang dilakukan secara diam-diam atau tanpa disedari

44
Seperti aur dengan tebing
Dua orang yang berkawan rapat dan saling membantu
Contoh ayat : Kita tidak boleh hidup menyendiri sebaliknya hiduplah seperti aur dengan tebing.

45
Seperti aur ditarik songsang
Pekerjaan atau perkara yang sukar diselesaikan kerana sudah tersalah jalan.

46
Seperti embun dihujung rumput
Tidak kekal

47
Seperti harimau menyembunyikan kukunya
Orang yang menyembunyikan kelebihannya.
48
Seperti hujan jatuh ke pasir
Nasihat yang tidak dihargai atau sesuatu pekerjaan yang sia-sia.
Contoh ayat: Nasihat kaunselor kepada pelajar itu tidak ubah seperti hujan jatuh ke pasir kerana kedegilannya.

49
Seperti lintah menghisap darah
Meletakkan faedah yang tinggi; menipu dengan cara lemah lembut.
50
Seperti lipas kudung
Selalu bergerak dengan cepat.

51
Ular menyusur akar tidak akan hilang bisanya
Orang besar yang merendahkan diri tidak akan jatuh martabatnya.
Contoh ayat : Sekalipun beliau bergaul dengan orang kebanyakan,namun hal itu bagai ular menyusur akal takkan hilang bisanya.

52
Yang dikejar tak dapat yang dikendong berciciran
Terlalu tamak untuk mencari keuntungan hingga menyebabkan kehilangan sesuatu yang sudah dimiliki.