Peribahasa
TIP PENULISAN
¨ Karangan peribahasa merangkumi simpulan bahasa,
perumpamaan, pepatah, dan bidalan.
¨ Perlu memahami maksud yang tersurat dan tersirat.
Jika tidak memahami atau tidak mengetahui maksudnya , anda jangan membuat
karangan jenis ini.
¨ Boleh menulis secara cerita atau penerangan.
¨ Penulisan secara cerita mesti berkaitan dengan tajuk
dan sebaik-baiknya cerita ada nilai murni.
¨ Jika secara penerangan, terangkan maksud dan
kepentingannya kepada masyarakat.
Peringatan:
Soalan jenis peribahasa belum pernah keluar dalam UPSR
Soalan Perbincangan
Tulis sebuah cerita berdasarkan peribahasa ‘ Dimana ada
kemahuan di situ ada jalan ‘
Panjang karangan anda mestilah tidak kurang daripada 80
patah perkataan dan tidak melebihi 120 patah perkataan.
Langkah 1
Kamu mestilah membaca soalan karangan tersebut dengan teliti
. Fahamkan tema atau kehendak cerita yang hendak ditulis . Garis
maklumat-maklumat yang penting supaya anda tidak melakukan kesilapan semasa
membuat rangka karangan.
Langkah 2
Berdasarkan tema atau tajuk kamu bolehlah membuat kerangka
karangan . Sebaik-baiknya kerangka karangan yang hendak dibuat berdasarkan
peta minda. Peta minda hendaklah seberapa ringkas . Apa yang penting
kamu dapat memahaminya kerana masa untuk mencari isi penting dan membina
peta minda tidak lebih 5 minit.
Langkah 3
Berdasarkan peta minda , anda bolehlah menulis
karangan anda. Semasa mengarang , binalah ayat-ayat yang betul mengikut
tatabahasanya supaya anda tidak kehilangan markah di bahagian ini. Baca contoh
karangann di bawah ini.
DI MANA ADA KEMAHUAN DI SITU ADA JALAN
Malu, malu, di mana akan aku sorokkan mukaku . Rasa
malu dan sedih menyelubungi diriku apabila cikgu mengembalikan kertas Sains dan
Bahasa Inggeris. Aku cuma mendapat 25 dan 30 peratus. Ini bermakna aku mendapat
‘D’ bagi kedua-dua matapelajaran.
Aku bingung , dulu sewaktu aku dalam tahun lima markahku
tidak seteruk ini. UPSR enam bulan lagi. Fikiranku terus berkecamuk , aku
benar-benar insaf , akau telah banyak menghabiskan masaku di padang. Sepatutnya
, kecemerlanaganku di padang seiring dengan kecemerlangan di kelas. Aku
berjanji pada diriku untuk menebus kegagalalan ini.
Ibu memang tidak menghalang aku aktif dalam bidang sukan,
tetapi ibu sentiasa mengigatkan aku agar pandai membahagikan masa , selain itu
ibu juga menyuruh aku mengikuti kelas tuisyen tetapi aku sentiasa memberikan
alasan UPSR masih jauh lagi. Sekarang baru aku sedar , bahawa aku telah
jauh tertinggal daripada rakan-rakanku.
Mulai hari, itu aku akan mengikuti kelas tambahan.Di samping
membuat latihan intensif sekurang-kurangnya tiga jam sehari, aku yakin akau
akan dapat memperbaiki kelemahanku. Aku juga akan mengikuti Klinik UPSR , untuk
memastikan aku mendapat maklumat-maklumat terkini teknik belajar yang berkesan.
Tiga bulan berlalu, dalam ujian pertengahan semester aku
hampir-hampir tidak percaya markahku telah melonjak hampir mencapai ‘A’.
Walaupun aku masih ketinggalan jika dibandingkan dengan rakan-rakanku yang lain
aku tetap yakin menjelang ujian percubaan UPSR nanti aku boleh mencapai markah
yang maksimum.
Apabila keputusan ujian percubaan dikeluarkan , aku mendapat 5A
. Aku mampu tersenyum, usahaku sejak lima bulan yang lalu benar-benar memeberi
kesan. Aku yakin aku akan beroleh kecemerlangan dalam UPSR yang akan belangsung
sebulan lagi jika akau terus meningkatkan usahaku. Bak kata pepatah “ di
mana ada kemahuan di situ ada jalan .”
Langkah 4
Ø Selepas mengarang , anda hendaklah membaca semula
karangan . Betulkan semua kesalahan tatabahasa dari segi penggunaan
perkataan ,struktur ayat, penggunaan imbuhan , tanda baca dan ejaan.
Ø Anda juga boleh menyuruh rakan-rakan untuk menyemak
karangan anda , terutamanya aspek-aspek seperti di atas . Sebarang
kesalahan yang dilakukan, hendakalah dibuat pembetulan dengan segera dan
memastikan tidak akan berlaku kesalahan yang berulang .

'SELAMAT MENCUBA'